Tuesday, February 9, 2010

MINGGU 5

1. Berikan definisi dan konsep E-Dagang(E-Commerce)

Seorang tokoh e-dagang Malaysia, Dr Irfan Khairi mendefinasikan e-dagang (perniagaan internet) adalah “penggunaan internet sebagai alat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan serta mengambil peluang interaktif internet untuk melakukan proses jual beli. Internet membolehkan perhubungan secara langsung antara peniaga dan pembeli tanpa bersua muka”.

Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya.

Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online.

Terdapat tiga jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan.

Produk fizikal adalah seperti pakaian, buku, makanan kesihatan, cenderamata manakala produk digital adalah seperti e-book, rakaman video, rakaman gambar dalam format bmp, jpeg, gif yang hanya boleh di muat turun melalui komputer atau di hantar melalui e-mel. Contoh perniagaan berteraskan perkhidmatan adalah seperti perkhidmatan membina laman web, perkhidmatan mencari jodoh dan lan lain perkhidmatan yang bersesuaian dijalankan di internet.


2. Bagaimana E-Dagang menyediakan peluang kepada usahawan baru?
􀂙 E-dagang menyediakan peluang kepada usahawan dengan mengubah sebarang idea kepada pasaran baru yang hebat.

􀂙 E-dagang boleh digunakan untuk memaparkan katalog,brocur, dan sebarang maklumat bagi membantu pelanggan membuat pilihan.

􀂙 E-dagang juga boleh dicapai 24 jam sehari 7 hari seminggu.

􀂙 E-dagang boleh diperibadikan untuk setiap pelanggan.

􀂙 Walupun kos mewujudkan E-dagang tinggi namun ia dapat mengurangkan kos urusniaga.


3. Terangkan berkenaan LIMA (5)Model E-Dagang yang berikut :

- B2B
~ Perniagaan ke Perniagaan (Business to Business, B2B)
Transaksi perdagangan berlaku di antara dua perniagaan. Contohnya, pembekal bahan mentah kepada pengilang yang menggunakan bahan mentah untuk mengeluarkan barang akhir.

- B2C
~ Perniagaan ke Pengguna (Business to Consumer, B2C)
Dimana transaksi berlaku di antara peniaga dan pengguna akhir barang tersebut.

- P2P
~ (Peer to Peer , P2P)
Teknologi P2P boleh digunakan untuk C2C, B2B, B2C. Teknologi ini membolehkan rangkaian rakan komputer (networked peer computers) berkongsi dan memproses data secara terus.

- M-Commerce
~ Aktiviti dan urusniaga E-Dagang dikendalikan melalui persekitaran tanpa wayar. (wireless environment)

- G2G
~ Kerajaan ke Kerajaan (Goverment to Goverment, G2G)Kategori e-kerajaan yang menyediakan aktiviti di antara setiap unit dalam kerajaan.
~ Pekerja yang ramai di sektor kerajaan menyebabkan kerajaan berminat ubtuk menyediakan perkhimatan dan maklumat kepada pekerja secara elektronik seperti yang dilakukan oleh pihak swasta.
~ Pekerja di bahagian kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berada do pelbagai lokasi maka aplikasi G2E akan membolehkan berlakunya komunikasi yang lebih berkesan antara mereka.