Sunday, January 31, 2010

MINGGU 4

1. Apakah itu teknousahawan dan senaraikan TIGA (3) ciri seorang teknousahawan.

Teknousahawan ialah usahawan yang menggunakan kelebihan teknologi tinggi hari ini dalam proses mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Sokongan daripada rangkaian perniagaan yang kukuh berupaya menyokong perkembangan syarikat kecil (startup) yang sedia ada, membimbing usahawan muda serta mencungkil bakat usahawan dari alam persekolahan lagi.

Teknousahawan juga merupakan usahawan yang mempunyai kemahiran dan kemampuan meguasai teknologi tinggi dan canggih dalam melaksana dan mengembangkan perniagaan mereka.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan bahawa teknousahawan adalah terdiri daripada usahawan yang mengaplikasikan sains dan teknologi bertujuan untuk bersaing dalam sesuatu industri.

Ciri-ciri seorang teknousahawan adalah :-
• Komitmen, keazaman, dan ketabahan yang tinggi.
 Satu bentuk personaliti yang amat penting dalam menentukan kejayaan usaha teroka teknousahawan.

• Motivasi untuk kejayaan dan berkembang maju.
 Teknousahawan yang berjaya mempunyai dorongan dan motivasi yang tinggi untuk meengejar kejayaan dan kecemerlangan demi untuk mencapai matlamat usaha teroka mereka.

• Berinisiatif
 Mempunyai sikap untuk memulakan sesuatu sebelum diarah atau dipaksa oleh keadaan. Contohnya teknousahawan mempunyai inisiatif untuk memulakan perniagaan dan seterusnya mempelbagaikan perniagaan produk kedalam bidang-bidang yang baru.

• Bertanggungjawab.
 Berasa bertanggungjawab diatas kejayaan atau kegagalan usaha teroka yang dilakukan. Mereka bertanggungjawb keatas sebarang keputusan usaha teroka yang diceburi.



2. Terangkan faedah yang diperolehi oleh seorang usahawan dengan menyediakan rancangan perniagaan.


Rancangan perniagaan mempunyai dua fungsi utama iaitu :
~ Sebagai garis panduan kepada pengurusan bagi memastikan kejayaan syarikat atau perniagaan.
~ Sebagai alat untuk mendapatkan modal luar bagi pembiayaan pertumbuhan dan perkembangan syarikat atau perniagaan.

Rancangan perniagaan boleh membantu usahawan untuk menguruskan syarikat atau perniagaan dengan baik. Ia membantu usahawan untuk menilai dirinya sendiri. Ia mampu menjawab persoalan.

Disamping itu, pihak luar seperti pelabur, pembekal dan institusi kewangan juga berminat untuk mengetahui kedudukan dan kemampuan usahawan dalam mengendalikan syarikat atau perniagaan yang dicadangkan. Melalui rancangan perniagaan, pelabur boleh menilai keupayaan usahawan dan syarikat atau perniagaanya untuk memberi pulangan sepatutnya jika pelabur ini menyumbangkan modal dalam syarikat atau perniagaan bekenaan.

3. Senaraikan kandungan Rancangan Perniagaan mengikut turutan yang anda rasakan sesuai bagi suatu inovasi produk.

(a)Kandungan
Garis kasar yang ringkas tetapi lengkap untuk menerangkan kepada pembaca mengenai susunan serta membantu pembaca mengenalpasti bahagian tertentu RP.

(b)Ringkasan Eksekutif
Menerangkan dengan ringkas keseluruhan rancangan perniagaan. Ianya hendaklah diseakan bagi meyakinkan pembaca untuk terus membaca seterusnya keseluruhan rancangan perniagaan.

(c) Syarikat atau perniagaan
Menerangkan sejarah perkembangan syarikat atau pernigaan, status semasanya dan rancangan masa depanya.

(d)Produk
Bahagian ini menerangkan dengan terperinci produk yang akan dihasilkan dan nyatakan keunikanya.

(e)Analisis Pasaran
Menerangkan secara terperinci segmen pasaran yang bakal ditembusi.

Friday, January 29, 2010

MINGGU 3

Apakah itu Entrepreneurship?

Keusahawanan adalah tindakan menjadi seorang entrepreneur, yang merupakan perkataan Perancis yang bermaksud "orang yang melakukan suatu usaha". Pengusaha mengumpul sumber termasuk inovasi, kewangan dan ketajaman perniagaan dalam usaha untuk menukar inovasi menjadi barang ekonomi.

• Menurut Histrich & Peter, 1998 - Keusahawanan adalah satu proses dinamik dalam penghasilan kekayaan secara berperingkat.

• Menurut Kuratko& Hodgetts, 2004 - Keusahawanan adalah satu proses inovasi dan penghasilan pelaburan baru melalui empat dimensi utama –individu, organisasi, environmen dan proses yang dibantu oleh kerajaan, pendidikan dan institusi.


• Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-

  1. • Mengenalpasti peluang perniagaan
  2. • Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai.
  3. • Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.
  4. • Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
  5. • Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)
  6. • Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
  7. • Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.

Seorang usahawan haruslah :-
• Bertekad Membuat Sesuatu
• Mengambil Risiko
• Ganjaran

4 Aspek Asas Keusahawanan adalah :-
• Melibatkan ganjaran seperti kebebasan, kepuasan diri atau wang.
• Melibatkan penghasilan sesuatu yang baru dan bernilai kepada usahawan dan pasaran.
• Mengambil risiko yang perlu terutama dari segi kewangan,saikologi dan sosial.
• Memerlukan penumpuan masa dan usaha untuk melakukan sesuatu.

Jadual menunjukkan bidang ilmu keusahawanan







Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan

Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi.

Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat.

Ciri-ciri Peniaga.
1. Membeli barang untuk dijual semula.
2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi
3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik.
4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual.

Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan usahawan dan peniaga. Jadual 1.2 di bawah ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan peniaga.


Jadual Perbezaan antara Peniaga dan Usahawan



Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-

Usahawan
1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru.
3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain.

Peniaga
1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.
3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna.

Tuesday, January 26, 2010

MINGGU 2


Biodata dan Pengenalan Diri

NAMA : NOORADILA BINTI ABDULLAH
NO. MATRIK: DPT 070005
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (UUM)
TARIKH LAHIR : 17 MAC 1989
E-MEL : minniemouse_ila@yahoo.com
Semester akhir di Island College of Technology