Sunday, January 31, 2010

MINGGU 4

1. Apakah itu teknousahawan dan senaraikan TIGA (3) ciri seorang teknousahawan.

Teknousahawan ialah usahawan yang menggunakan kelebihan teknologi tinggi hari ini dalam proses mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Sokongan daripada rangkaian perniagaan yang kukuh berupaya menyokong perkembangan syarikat kecil (startup) yang sedia ada, membimbing usahawan muda serta mencungkil bakat usahawan dari alam persekolahan lagi.

Teknousahawan juga merupakan usahawan yang mempunyai kemahiran dan kemampuan meguasai teknologi tinggi dan canggih dalam melaksana dan mengembangkan perniagaan mereka.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan bahawa teknousahawan adalah terdiri daripada usahawan yang mengaplikasikan sains dan teknologi bertujuan untuk bersaing dalam sesuatu industri.

Ciri-ciri seorang teknousahawan adalah :-
• Komitmen, keazaman, dan ketabahan yang tinggi.
 Satu bentuk personaliti yang amat penting dalam menentukan kejayaan usaha teroka teknousahawan.

• Motivasi untuk kejayaan dan berkembang maju.
 Teknousahawan yang berjaya mempunyai dorongan dan motivasi yang tinggi untuk meengejar kejayaan dan kecemerlangan demi untuk mencapai matlamat usaha teroka mereka.

• Berinisiatif
 Mempunyai sikap untuk memulakan sesuatu sebelum diarah atau dipaksa oleh keadaan. Contohnya teknousahawan mempunyai inisiatif untuk memulakan perniagaan dan seterusnya mempelbagaikan perniagaan produk kedalam bidang-bidang yang baru.

• Bertanggungjawab.
 Berasa bertanggungjawab diatas kejayaan atau kegagalan usaha teroka yang dilakukan. Mereka bertanggungjawb keatas sebarang keputusan usaha teroka yang diceburi.



2. Terangkan faedah yang diperolehi oleh seorang usahawan dengan menyediakan rancangan perniagaan.


Rancangan perniagaan mempunyai dua fungsi utama iaitu :
~ Sebagai garis panduan kepada pengurusan bagi memastikan kejayaan syarikat atau perniagaan.
~ Sebagai alat untuk mendapatkan modal luar bagi pembiayaan pertumbuhan dan perkembangan syarikat atau perniagaan.

Rancangan perniagaan boleh membantu usahawan untuk menguruskan syarikat atau perniagaan dengan baik. Ia membantu usahawan untuk menilai dirinya sendiri. Ia mampu menjawab persoalan.

Disamping itu, pihak luar seperti pelabur, pembekal dan institusi kewangan juga berminat untuk mengetahui kedudukan dan kemampuan usahawan dalam mengendalikan syarikat atau perniagaan yang dicadangkan. Melalui rancangan perniagaan, pelabur boleh menilai keupayaan usahawan dan syarikat atau perniagaanya untuk memberi pulangan sepatutnya jika pelabur ini menyumbangkan modal dalam syarikat atau perniagaan bekenaan.

3. Senaraikan kandungan Rancangan Perniagaan mengikut turutan yang anda rasakan sesuai bagi suatu inovasi produk.

(a)Kandungan
Garis kasar yang ringkas tetapi lengkap untuk menerangkan kepada pembaca mengenai susunan serta membantu pembaca mengenalpasti bahagian tertentu RP.

(b)Ringkasan Eksekutif
Menerangkan dengan ringkas keseluruhan rancangan perniagaan. Ianya hendaklah diseakan bagi meyakinkan pembaca untuk terus membaca seterusnya keseluruhan rancangan perniagaan.

(c) Syarikat atau perniagaan
Menerangkan sejarah perkembangan syarikat atau pernigaan, status semasanya dan rancangan masa depanya.

(d)Produk
Bahagian ini menerangkan dengan terperinci produk yang akan dihasilkan dan nyatakan keunikanya.

(e)Analisis Pasaran
Menerangkan secara terperinci segmen pasaran yang bakal ditembusi.

1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete