Tuesday, March 2, 2010

MINGGU 6

Senaraikan EMPAT (4) strategi yang boleh dipilih oleh usahawan dalam memulakan sesebuah perniagaan

~ Memulakan sendiri perniagaan

* (1)Modal
Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.

Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.

Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.


* (2)Lokasi (Tempat Perniagaan)
Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.

Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.


* (3)Minat, pengetahuan dan pengalaman
Usahawan mesti mempunyai minat dalam perniagaan. Minat itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaannya susah untuk dijalankan.

Usahawan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika dia hendak membuka kedai pakaian, dia mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu.

Usahawan juga harus memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengurusan, mengurus wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun- serta lain-lain lagi.

Pengalaman boleh diperoleh dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang perniagaan yang berkenaan.

Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya, berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka.


* (4)Jenis dan saiz perniagaan
Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya.

Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.



~ Jualan langsung

Bisnes jualan sebenarnya merupakan satu konsep bisnes yang sah di sisi undang-undang Malaysia dan juga dunia. Di peringkat permulaan dahulu Amway pernah didakwa kerana dikatakan menjalankan bisnes haram. Mereka menang kes tersebut dan Amway wujud hingga kini dan terus berkembang.

Jualan langsung adalah satu konsep perniagaan, bukan pelaburan. Syarikat jualan langsung memilih untuk memasarkan produk mereka melalui pengedar bebas (tidak digaji oleh syarikat). Pengedar bebas (usahawan jualan langsung) akan mengedar atau memasarkan produk tersebut kepada pengguna. Pengedar akan dibayar bonus, berdasarkan jumlah jualan produk, sebagai ganjaran atas usaha mereka memasarkan produk serta melatih pengedar lain di bawah rangkaian masing-masing.

Dalam bisnes tradisi, syarikat akan menjual produk mereka secara borong kepada pemborong. Pemboronglah yang kemudiannya mengedar kepada peruncit, peruncit kepada pengguna. Syarikat akan menggaji eksekutif pemasaran untuk tujuan memperkenalkan atau mempromosi produk mereka. Dalam syarikat jualan langsung, tugas ini dijalankan oleh para pengedar bebas. Justeru amat wajar mereka diberi bonus sebagai ganjaran.

Bisnes jualan langsung bukan Skim Cepat Kaya, justeru untuk berjaya dalam bisnes jualan langsung usahawan perlu komited dan menjalankan bisnes secara profesional mengikut konsep sebenar jualan langsung. Usaha ini mungkin akan memulihkan imej industri jualan langsung di mata masyarakat.


~ Pakatan strategik

Pakatan strategik boleh ditakrifkan sebagai satu ikatan secara sukarela antara dua syarikat atau pekongsi dalam tempoh tertentu yang bertujuan untuk mencapai objektif ekonomi, iaitu mendapat keuntungan dengan lebih cepat dan lebih cekap daripada melakukannya bersendirian.

Antara cabaran yang wujud dalam pakatan strategik ialah menetapkan wawasan strategik yang jelas. Cabaran ini perlu dilalui oleh firma yang ingin membuat perikatan strategik adalah membentuk logik yang kuat dan kukuh. Perikatan ini perlu dilaksanakan untuk mencapai pasaran baru, memperoleh teknologi dan kemahiran, mencapai tahap ekonomi bidangan, menyebarkan risiko dan mengurangkan persaingan.

Cabaran yang seterusnya ialah mencari rakan kongsi yang sesuai dengan mengambil kira saiz dan stail organisasi, stail dan kecepatan pembuatan keputusan, proses penyelesaian sesuatu isu, sikap pihak pengurusan dan halangan – halangannya, serta persefahaman budaya.

* (1)Persaingan
• Perlu kenal pasti dan senaraikan pesaing- pesaing dan lokasinya serta pengaruh jualan di kawasan perumahan tersebut.
• Sebagai usahawan baru yang menggunakan perniagaan baru, usahawan akan menghadapi persaingan daripada syarikat yang telah maju
• Faktor-faktor persaingan yang perlu dipertimbangkan termasuklah keluaran, kebolehpercayaan, gaya, penghantaran dan perkhidmatan selepas jualan yang berkaitan dengan kafe siber.

* (2)Sasaran pasaran
• Tindakan memilih pasaran-pasaran yang berpontensi untuk memaksimumkan jualan.
• Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan untuk tujuan penyasaran kafe siber dan potensi pertumbuhan pasaran pada masa depan sama ada sedang berkembang atau dah matang.
• Di samping itu, menyenaraikan halangan-halangan dalam pasaran kafe siber seperti undang-undang kerajaan iaitu sama ada banyak kawalan atau tidak.

* (3)Rancangan produk
• Produk ialah keluaran yang merujuk kepada sesuatu yang di tawarkan di pasaran yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian konsumer.
• Produk merupakan keluaran yang meliputi objek fizikal, perkhidmatan, yang ditawarkan, individu, tempat organisasi, idea dan campuran entiti ini.
• Produk yang dihasilkan dalam bentuk perkhidmatan seperti pelayaran internet, penggunaan e-mail, percetakan, pengimbasan(scanning) dan permainan computer yang canggih yang terkini adalah penting.

* (4)Strategi perletakan harga
• Harga ialah nilai yang ditetapkan bagi sesuatu produk pasaran dan harus dibayar oleh pengguna dengan wang mengikut nilai tersebut
• Perkhidmatan kafe siber perlu ditawarkan mengikut haraga pasaran dan harga yang ditawarkan oleh pesaing
• Pengguna kafe siber dikenakan bayaran berdasarkan tempoh masa penggunaan, mengikut jam penggunaan
• Caj bayaran bergantung pada jenis perkhidmatan yang diperoleh di kafe siber tersebut.


~ Perniagaan francais
Beberapa strategi baru telah dirangka di samping penerusan strategi-strategi yang sedia ada bagi membolehkan sasaran yang ditetapkan bagi membangunkan seramai 1,000 francaisi dalam Rancangan Malaysia Kelapan dapat dicapai. Strategi-strategi berkenaan merangkumi aspek-aspek penting pelaksanaan Program Pembangunan Francais iaitu:-

(1)Membangunkan produk francais tempatan.

(2)Memfrancaiskan perniagaan yang sedia ada.

(3)Menggalakkan 'conversion' perniagaan-perniagaan yang dipunyai dan diuruskan sendiri oleh syarikat kepada perniagaan francais.

(4)Mengenalpasti produk francais luar negara yang berpotensi untuk difrancaiskan kepada usahawan-usahawan tempatan.

(5)Meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai perniagaan francais.

(6)Meningkatkan bilangan juru perunding francais yang pakar dalam bidang berkenaan.

(7)Menubuhkan sebuah perbadanan iaitu Perbadanan Pembangunan Francais (FRANDEC) yang akan menjadi agensi utama (lead agency) dalam pembangunan perniagaan francais negara khususnya dalam mempercepatkan peningkatan bilangan usahawan dalam sektor peruncitan.

(8)Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Francais 1998 dengan tegas dan berkesan.

(9)Mengadakan kajian dan penyelidikan mengenai perniagaan francais dalam negeri bagi membolehkan perancangan yang berkesan dapat dilakukan.

(10)Membantu memantapkan keberkesanan Persatuan Francais Malaysia.

(11)Mewujudkan satu pangkalan data yang kemaskini dan komprehensif mengenai perniagaan francais di negara ini bagi tujuan perancangan pembangunan perniagaan francais negara.


~ Mengambilalih perniagaan sedia ada
Selain memulakan perniagaan sendiri usahawan juga boleh memilih jalan pintas dengan mengambil alih perniagaan sedia ada dari orang lain. (dlm dunia perniagaan hari ini tak kurang juga usahawan yang hendak keluar dari bidang perniagaan dan ingin menjual perniagaan mereka.

Mengambil alih atau membeli sesuatu perniagaan bermaksud usahawan membeli sesuatu perniagaan yang sedang beroperasi daripada pihak tertentu dan mengusahakannya sendiri.

Pengambilalihan dan pembelian boleh dilakukan sekiranya seseorang usahawan berminat terhadap sesuatu perniagaan sedia ada.
Walaubagaimanapun pastikan perniagaan itu berpotensi utk berkembang dan berjaya.

* (1)Pekerja mahir sedia ada
Perniagaan yang sedia ada telah mempunyai pekerja yang mahir, berpengalaman serta mengetahui selok belok perniagaan tersebut (eg. hubungan yang baik dengan pelanggan dan pembekal, mengetahui selok belok operasi, peralatan & mesin-mesin yang diguna.

Jadi usahawan tidak perlu mencari & melatih pekerja baru yang sudah tentu akan melibatkan masa & kos tambahan pada syarikat.

* (2)Perniagaan yang teguh dan mantap
Berpeluang untuk mendapat manfaat dengan membeli perniagaan yang telah kukuh dan stabil. Selalunya mempunyai nama yang telah terkenal, reputasi dan trek rekod yang baik;memiliki struktur pemasaran dan sistem pengurusan yang telah teruji dan terbukti berjaya; mempunyai hubungan yang baik dengan bank, pembekal dan pihak yang lain.

Usahawan sebagai pemilik baru hanya perlu teruskan strategi sedia ada – mungkin dengan sedikit ubahsuaian jika difikirkan perlu.

* (3)Pasaran sedia ada
Boleh mengambil alih pelanggan sedia ada dan tidak perlu mencari pasaran baru. Lazimnya bila usahawan mengambil alih perniagaan dia juga dapat mengambil alih pelanggan-pelanggan sedia ada syarikat lama.
Sokongan berterusan pelanggan sedia ada akan memastikan keuntungan berterusan.

Usahawan boleh terus memberi tumpuan ke arah perkembangan perniagaan.

* (4)Lokasi yang strategik
Pengambilalihan membuka peluang kepada usahawan untuk memilih dan membeli hanya perniagaan yang terletak di lokasi yang difikirkan strategik dan sesuai untuk beroperasi.

No comments:

Post a Comment