Monday, March 22, 2010

MINGGU 9

Cari maklumat dan berikan perbezaan
bagi istilah yang berikut:

~ strategi Kaizen dan strategi Inovasi.
KAIZEN ialah perkataan Jepun yang membawa maksud ‘penambahbaikan’ yang berterusan. Kaizen adalah cara hidup – sama ada dalam kehidupan bekerja, kehidupan sosial mahupun kehidupan seharian di rumah. Kaizen merupakan satu konsep ‘payung’ yang merangkumi kebanyakkan dari amalan-amalan unik orang-orang Jepun, termasuk cara berfikir, disiplin, mematuhi arahan, taat, kekemasan tempat kerja, kerapian, kebersihan, keselamatan, kerja kumpulan serta nilai-nilai positif yang lain dalam kehidupan seharian. Dalam konteks pengurusan, KAIZEN bermaksud penambahbaikan berterusan yang melibatkan semua pihak dalam organisasi termasuk pengurus dan pekerja.
Kaizen dalam bahasa Jepun bermaksud penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan secara berdikit ( gradual) dan teratur. Dalam pengurusan organisasi Kaizan adalah satu amalan dan budaya mengekalkan penambahbaikan berterusan yang fokus kepada penghapusan pembaziran dalam sistem dan proses organisasi. Strategi Kaizan bermula dan berakhir dengan manusia atau pekerja. Melalui Kaizan, pemimpin yang terlibat akan membimbing pekerja untuk terus berusaha ke arah penambahbaikan yang memenuhi kecemerlangan kualiti, kos yang rendah dan juga ketepatan penghantaran.
Pendekatan Kaizen adalah lebih menekakankan kepada kemanusiaan, kerana ia memerlukan setiap individu untuk terlibat dalam usaha-usaha penambahbaikan. Ia berdasarkan kepada kepercayaan bahawa setiap manusia boleh menyumbang kepada penambahbaikan tempat kerjanya di mana ia menghabiskan satu pertiga dari kehidupannya.

* Mengikut Bahasa Latin strategi inovasi membawa maksud “Pembaharuan”.
* Merupakan kesan daripada aplikasi keupayaan kreatif khususnya dalam industri.
* Definisi: Merupakan suatu pelaksanaan sebarang konsep yang berbeza daripada yang sedia ada.

Fokus: Kesan
* Berdasarkan Fokus kesan, Kaizen dilihat mempunyai fokus yang lebih jangka panjang. Ini kerana pendekatan kaizen itu sendiri adalah secara perlahan dan memakan masa. Manakala aspek Inovasi pula kesannya adalah lebih pendek. Inovasi biasanya memerlukan masa yang singkat sahaja untuk dilakukan penambahbaikkan.


Fokus: Jangka masa
* Dari segi jangka masanya, pendekatan Kaizen ini adalah secara berterusan. Ianya lebih memerlukan idea dan usaha dari semua orang untuk melaksanakan aktiviti ini. Secara tidak langsung, akan berlaku peningkatan yang berterusan. Manakala pendekatan Inovasi lebih menjurus pada tahap yang mungkin akan berhenti pada bila-bila masa. Jangka masanya berperingkat dengan mengambil kira beberapa faktor dari segi masa dan modal.

Fokus: Perubahan
* Setiap aktiviti Kaizen memerlukan pemantauan bagi memastikan ianya kekal dan boleh diguna pakai dalam jangka masa yang lama. Walaupun perubahannya agak perlahan, namun ianya akan dapat mempastikan sesuatu penambahbaikkan itu boleh digunakan oleh beberapa generasi di dalam sesebuah organisasi. Perubahan bagi Inovasi adalah cepat. Apabila modal itu cukup, ianya mudah dilakukan. Namun pendekatan ini memerlukan pemantauan dan tidak hanya bergantung kepada fungsi yang sedia ada.

Fokus: Pendekatan
* Bagi fokus terhadap pendekatan dan penglibatan, Kaizen lebih bergantung kepada usaha kumpulan dan setiap ahlinya. Ini kerana masing-masing mempunyai cara yang mungkin dikenalpasti antara cara terbaik bagi mengatasi sesuatu perkara. Namun bagi Inovasi, ianya terhad kepada individu dan seseorang itu perlu lebih berusaha mengenengahkan ideanya untuk di terima pakai.


~ strategi perniagaan Sun Zi dan Ziangqi.

~ usahawan Machiavelli dan usahawan Beriman.

No comments:

Post a Comment