Monday, March 8, 2010

MINGGU 7

Terdapat TIGA(3) jenis perniagaan yang lazimnya terdapat di Malaysia iaitu Perniagaan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat.

* Terangkan Setiap jenis perniagaan tersebut dan nyatakan kebaikan serta keburukan bagi setiap jenis perniagaan Brennan.


* (1)Perniagaan Tunggal

Perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan yang dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh kerana ia adalah milik individu, maka pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan operasi perniagaannya. Pemilik dan perniagaan atau organisasi peniagaannya adalah dirujuk sebagai satu entiti yang sama. Tiada pemisahan antara keduanya. Ini bermakna aset perniagaan adalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut. Oleh yang demikian, sebarang masalah yang melibatkan perniagaan adalah secara langsung melibatkan kepentingan individu atau pemilik.


Kebaikan Perniagaan Tunggal
~ Mudah ditubuhkan
~ Pemilik mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perniagaannya
~ Sebarang keputusan yang melibatkan perniagaan dapat diputuskan dengan serta merta kerana pemilik tidak perlu merujuk atau berbincang dengan orang lain.
~ Struktur cukai beradasarkan cukai pendapat individu (pemilik)
~ Tidak memerlukan laporan kewangan yang kompleks.
~ Mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan dari segi layanan dan perkhidmatan selepas jualan.
~ Kedudukan kewangan boleh dirahsiakan.
~ Menjimatkan penggunaan buruh kerana kerja-kerja boleh dijalankan oleh ahli keluarga terdekat sebagai pembantu dalam perniagaan.


Keburukan Perniagaan Tunggal
~ Sukar berkembang kerana keupayaan modal yang terhad
~ Sukar mendapatkan pembiayaan modal kerana pelabur lebih cenderung melabur dalam institusi yang lebih mantap dan pihak institusi kewangan pula memerlukan satu jaminan kukuh daripada perniagaan
~ Liabiliti tidak terhad
~ Perniagaan akan dengan sendirinya bubar jika pemiliknya meninggal dunia.
~ Tiada pembahagian kerja dan pengkhususan.
~ Kejayaan perniagaan adalah terlalu bergantung kepada kebolehan pemilik.


* (2)Perkongsian
Perkongsian ditakrifkan sebagai perhubungan antara dua atau lebih orang yang menjalankan perniagaan bersama untuk memperolehi keuntungan.
Bilangan rakan kongsi adalah dalam lingkungan 2 hingga 20 orang (umumnya).
Bagi perkongsian bank atau broker saham, bilangan rakan kongsi tidak melebihi 10 orang.Bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profession seperti peguam dan akauntan, rakan kongsi adalah tidak melebihi 50 orang.
Perjalanan sesebuah perkongsian adalah ditetapkan di bawah Akta Perkongsian 1961.
Perniagaan perkongsian juga tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Kebaikan Perniagaan Perkongsian
~ Lebih modal dapat dikumpulkan.
~ Dapat menggunakan kepakaran dari rakan-rakan kongsi yang berkemungkinan mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berlainan.
~ Pengkhususan kerja dapat dilakukan dengan adanya pelbagai kemahiran dan kepakaran tersendiri dari rakan-rakan kongsi.
~ Risiko perniagaan dapat disebarkan (dikongsi) antara rakan-rakan kongsi.
~ Persaingan dapat dikurangkan melalui perkongsian, dengan itu perbelanjaan untuk persaingan dapat diagihkan bagi meningkatkan jualan dan memperkembangkan perniagaan.
~ Perkongsian masih lagi mudah untuk ditubuhkan berbanding penubuhan syarikat atau koperasi.Ianya hanya perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.

Keburukan Perniagaan Perkongsian
~ Berlaku salah faham atau perselisihan antara rakan kongsi dan ini akan menjejaskan rancangan dan perjalanan perniagaan serta boleh membawa kepada pembubaran perkongsian.
~ Liabiliti yang biasanya tidak terhad akan menyebabkan individu / rakan kongsi kehilangan harta persendirian jika perniagaan menghadapi masalah dalam pembayaran balik hutang piutangnya.
~ Kesilapan dari seorang rakan kongsi akan mengikat rakan-rakan kongsi yang lain. Ini kerana setiap rakan kongsi mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap perkongsiannya. Segala kerugian akan ditanggung bersama walaupun diakibatkan oleh hanya seorang rakan kongsi.
~ Perniagaan perkongsian adalah tidak berkekalan. Jika seorang rakan kongsi menjadi tidak siuman, bankrap atau mati, perkongsian mungkin terpaksa dibubarkan.
~ Pengumpulan modal adalah masih terhad dalam lingkungan maksimanya 20 orang sahaja. Maka perkembangan perniagaan adalah bergantung kepada sumber modal yang terhad ini.


* (3)Syarikat

Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 adalah merupakan badan korporat yang mempunyai entiti tersendiri di sisi undang-undang.
Bilangan ahli/pemegang saham mestilah sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak boleh melebihi 50 orang pada satu-satu masa.
Ada kuasa tertentu untuk memindahkan milik saham ahli-ahli.
Pelawaan pembelian saham atau debentur tidak boleh dilakukan kepada orang ramai.
Tidak boleh mempelawa orang ramai untuk mendepositkan wang.

Kelebihan Perniagaan Syarikat
~ Mudah mendapatkan modal melalui penukaran hak milik saham.
~ Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
~ Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan perniagaan.
~ Tanggungjawab pemilik/pemegang saham adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
~ Hayat syarikat terjamin kerana syarikat tidak perlu dibubarkan oleh sebab kematian atau penarikan diri seorang pemegang saham.
~ Potensi mengembangkan perniagaan adalah luas.
~ Syarikat adalah satu entiti yang berasingan dan oleh itu ia boleh didakwa dan mendakwa di atas namanya sendiri.

Keburukan Perniagaan Syarikat
~ Perjalanan operasi adalah dalam kawalan pendaftar syarikat.
~ Saham syarikat tidak boleh dijual beli melalui pasaran saham.
~ Berbagai jenis cukai terpaksa dibayar.
~ Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.

No comments:

Post a Comment